Monday, April 11, 2011

SEMUA GC MUAR / LEDANG AMBIL PERHATIAN PENTING


URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.


3. Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:


3.1 Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.


3.2 Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.


3.3 Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.


4. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan dalam melancarkan urusan pemangkuan ini adalah amat dihargai .


BORANG2 PERMOHONAN BOLEH DIDOWNLOAD DI PORTAL WEB JPN JOHOR


Sekian terima kasih.

Thursday, March 10, 2011

Sukan Tahunan Sekolah Edisi 2011


Hari ini berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan ke 46 SMK Tengku Mahkota Muar. Saya bertugas sebagai JK Persiapan Tempat dan Khemah VIP dan Pelajar. Pukul 6.50 pagi dah sampai ke sekolah, bersama-sama pelajar mengangkat kerusi meja dan perabut yang sepatutnya ke Khemah VIP. Pukul 7.45 pagi semua perabut selesai diturunkan dan diletakkan. Walaupun cuaca pagi sejuk dan dingin namun peluh mencurah-curah keluar dari badan sebab bergerak berulang alik dari stor ke padang. Namun kepenatan ini berbaloi apabila Rumah Sri Temenggong (rumah sukan hamba lah) diumumkan sebagai Naib Johan Kejohanan Sukan. Tahniah Sri Temenggong !!

Friday, March 4, 2011

Mesyuarat MGC Muar/Ledang Kali Ke-4 pada 4 Mac 2011

Mesyuarat diadakan pada 4 Mac 2011 di bilik mesyuarat SMK Tengku Mahkota Muar. Mesyuarat telah dapat menyelesaikan banyak perkara berhubung dengan kewangan dan pelaksanaan program di peringkat daerah dan negeri. Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran Pen PPD Penngurusan Sekolah PPD Muar Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus.