Thursday, March 10, 2011

Sukan Tahunan Sekolah Edisi 2011


Hari ini berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan ke 46 SMK Tengku Mahkota Muar. Saya bertugas sebagai JK Persiapan Tempat dan Khemah VIP dan Pelajar. Pukul 6.50 pagi dah sampai ke sekolah, bersama-sama pelajar mengangkat kerusi meja dan perabut yang sepatutnya ke Khemah VIP. Pukul 7.45 pagi semua perabut selesai diturunkan dan diletakkan. Walaupun cuaca pagi sejuk dan dingin namun peluh mencurah-curah keluar dari badan sebab bergerak berulang alik dari stor ke padang. Namun kepenatan ini berbaloi apabila Rumah Sri Temenggong (rumah sukan hamba lah) diumumkan sebagai Naib Johan Kejohanan Sukan. Tahniah Sri Temenggong !!

Friday, March 4, 2011

Mesyuarat MGC Muar/Ledang Kali Ke-4 pada 4 Mac 2011

Mesyuarat diadakan pada 4 Mac 2011 di bilik mesyuarat SMK Tengku Mahkota Muar. Mesyuarat telah dapat menyelesaikan banyak perkara berhubung dengan kewangan dan pelaksanaan program di peringkat daerah dan negeri. Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran Pen PPD Penngurusan Sekolah PPD Muar Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus.

Thursday, March 3, 2011

Seminar Kajian Tindakan MGC Johor 2011


Seminar ini telah diadakan pada 3 Mac 2011 bertempat di SM Sains Kluang Johor dari jam 9.00pagi - 3.00 ptg. Sebanyak 10 peserta sekolah menengah dan 8 peserta sekolah rendah telah mengambil bahagian. MGC muar di wakili oleh Ustaz Haji Abd Ghani Othman(SR) dan Pn Hjh Zahrah Ab Kadir (SM).

Keputusannya kategori sekolah menengah dimenangi oleh Segamat (johan), Kluang (naib johan) dan Batu Pahat (ke-3) manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh Pontian (johan), Kluang (naib johan) dan Pasir Gudang (ke-3).

Gambar-Gambar Seminar Kajian Tindakan MGC Johor pada 3 Mac 2011 di SM Sains Kluang Johor


Hakim-hakim pertandingan terdiri dari En Norazrin Amir Hamzah (JNJK Johor), En Yap Poh Lai (Mantan GC Gred Khas C) dan En Khoo Boo Khoon (Pengerusi MGC P Gudang)



Peserta SK dari MGC Muar Ust Hj Abd Ghani Othman membentangkan kajian tindakannya berkaitan GURAWI (Gurindam Jawi)



Peserta SM dari MGC Muar Hjh Zahrah bte Ab Kadir membentangkan kajiannya tindakannya berkaitan Matematik berjudul "Lagu di Radio FM, Cair di susu FN"



Perasmian penutup oleh Tuan Timbalan PPD Kluang Tn Hj Abd Jalil Satari



Pengerusi MGC Muar/Ledang masih mampu tersenyum walaupun kontijen MGC Muar/Ledang belum berjaya meraih apa-apa gelaran. Cuba lagi di tahun hadapan Pak Aji ya......