Friday, July 2, 2010

Peminat Lagu Retro Masuk Sini


Penyanyi 60an berasal dari Muar......A Nandong


Sarena Hashim bersuara manja.....mamak Penang dia ni


Tom Jones Singapura......



Hamba adalah die hard fan penyanyi benggali ni (waktu muda-muda dulu le......)

Jika berminat nak dengar lagu2 retro 50an, 60an 70an dan 80an, tuan-tuan dipersilakan kunjungi web site hamba di http://hassny.multiply.com
Untuk dengar lagu kena daftar jadi ahli multiply.com selepas itu hantar personal message atau write comment supaya add contact. Selepas saya sahkan tuan2 adalah contact saya maka barulah tuan2 boleh dengar lagu. Selamat beretro..........

Makluman untuk semua GC Muar


Dalam ucap utama dan perasmian penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor di Persidangan MGC Johor 2010 tengahari tadi antara lain beliau mahukan :
1. Setiap GC menjalankan Kajian Tindakan
2. MGC Daerah mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC pada bulan Julai ini.
3. MGC Negeri mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC Daerah pada bulan Ogos ini.

Memandangkan masa memang terhad jadi pada fikiran hamba MGC Muar kenalah menghantar Kajian Tindakan Panitia Agama Islam yang menjadi Johan, Naib Johan dan Tempat Ke -3 tempohari di peringkat negeri. Maka nampaknya GC Agama Islam Muar Ustz Saifulnizam bin Mohamed Radzi kenalah bersiap sedia. Apa-apa pun ini cuma pandangan hamba saja. Keputusan muktamadnya akan diputuskan oleh Pengerusi MGC Muar.

Satu lagi makluman ialah Persidangan MGC Kebangsaan akan di adakan di Kuala Lumpur pada September 2010 akan datang. Bayaran setiap peserta adalah RM400 (poket sendiri) dan pengangkutan sendiri. GC Muar yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi MGC Muar, Pn Hjh Norliya bt Ismail

Semua bahan-bahan kertas pembentangan dan perkongsian ilmu sepanjang Persidangan MGC Johor ini boleh di sedut di Blog MGC Johor di http://mgcjohor2010.blogspot.com

Foto-foto Persidangan MGC Negeri Johor











Thursday, July 1, 2010

Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010


Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah mengadakan Persidangan Guru Cemerlang dari 1 Julai hingga 2 Julai 2010 bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor. Peserta dikehendaki membayar sendiri biaya persidangan sebanyak RM 120 seorang dan biaya pengangkutan sendiri. Daerah Muar telah menamakan seramai 11 peserta namun setelah persidangan dijalankan didapati 4 peserta dari Muar tidak menghadirkan diri. Berikut adalah nama peserta dari daerah Muar.

1. En Yap Poh Lai - SM Sains Muar - hadir
2. Pn Hjh Noraini Ismail - SM SAB - hadir
3. Tn Hj Hassni Hussin - SMK Tengku Mahkota - hadir
4. En Mohd Salleh Mahmood - SMK Tun Perak - hadir
5. Pn Hjh Rosyati Surani - SMK Maahad - hadir
6. En ShahRizal Mohd Akip - SK Orang Kaya Ali - hadir
7. En Yacob Jamian - SK Seri Jong - hadir
8. Pn Hjh Norhuda Abdullah - SM SAB - tidak hadir
9. Pn Ropiah Mohamed - SMK Bkt Gambir - tidak hadir
10. Pn Rohana Ahmad - SK Sungai Abong - tidak hadir
11. Pn Siti Fazira Ahmad - SK Pt No 5 - tidak hadir

Thursday, March 4, 2010

Senarai Jawatankuasa MGC Muar 2009-2011


Penasihat : En. Yap Poh Lai
SM Sains Muar


Pengerusi : Pn. Nor Liya bt Ismail
SMKA Maahad Muar

Naib Pengerusi 1 : En. Ooi Yong Seang
SM Sains Muar

Naib Pengerusi 2 : En Yacob bin Jamian
Sk Seri Jong

Setiausaha : Pn. Hjh Noraini bt Ismail
SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar

Pen. Setiausaha 1 : En. Razmi bin Othman
SMK Raja Muda

Pen. Setiausaha 2 : Pn. Hjh Norhuda bt Abdullah
SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar

Bendahari : Cik Noraini bt Samin
SM Sains Muar

Pen. Bendahari : Puan Tiew Lei Sang
SJKC Pei Chai, Bakri

AJK : 1. En. Lee Meow Choon
2. Ustaz Saiful Nizam bin Mohamed Radzi
3. Pn. Tamil Selvi A/P Nalathiruvan
4. Pn. Anisah bt Katmin
5. Pn. Nora bt Sulaiman
6. Pn. Kamariah bt Amin
7. En. Mohd Noor bin Abd. Rashid
8. Pn. Ropiah bt Mohamad
9. Tn Hj.Hassni bin Hussin
10. En. Shah Rizal bin Mohd Akip@M.Sarip
11. Pn. Suleha bt Isnin
12. Pn. Azian bt Omar
13. En. Mohd Salihuddin bin Rasul
14. Cik. Hoe Soe Hwe
15. Cik. Tan Lay Guat
16. Tn. Hj. Othman bin Hj. Ibrahim

Membuat blog

Alhamdullilah, dah boleh buat sikit-sikit, cuma tingggal skil masukkan video, audio dan copy paste html dan java script/applet dan tag flash yang kena kuasai.

Bengkel Pembinaan Blog MGC Johor Fasa 2

Bengkel telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor di Jalan Hang Jebat Johor Bahru selama 2 hari dari 4 Mac hingga 5 Mac 2010. Bengkel ini telah memberi banyak manafaat kepada saya khususnya dalam hal membina laman blog sendiri dan laman blog mgc daerah muar. Saya sebenarnya datang dengan pengetahuan sifar tentang web blog.