Monday, February 28, 2011

Wajah-wajah AJK Tertinggi MGC Muar/Ledang 2011-2013




Gambar-gambar Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang 2011


Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang, Tn Hj Hassni bin Hj Hussin memberikan ucapan kepada para peserta kursus



Slot 1 bertajuk Peranan Dan Tanggungjawab GC Serta Instrumen Penilaian GC oleh pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar, Pn Norsiah bte Mohd Amin



Slot ke-2 bertajuk Kerjaya GC dan Peluang Kenaikan Pangkat GC oleh Ketua Naik Pangkat JPNJ , Tn Hj Abd Rahman bin Abd Rahim



Slot ke-3 bertajuk Amalan Kajian Tindakan oleh pengerusi Biro Inovasi dan Pembangunan Penyelidikan MGC Muar/Ledang, Pn Hjh Zahrah bte Ab Kadir



Pelancaran buku yang ditulis oleh GC Muar/Ledang, En Zahbah bin Lep yang dilancarkan oleh Tn Pen PPD Muar Pengurusan Sekolah, Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus. Dua buah buku itu ialah Pewaris Permata Bangsa : Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussien dan Makmal Psikoterapi.



Pengerusi MGC Muar/Ledang menyampaikan cenderahati kepada Pen PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar di akhir penutupan kursus.

Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang 2011


Pada 24 Feb 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Komuniti GIATMARA Tanjung Agas Ledang telah dijalankan Kursus Profesionalisme Guru-Guru Cemerlang Muar/Ledang 2011. Kursus dianjurkan oleh MGC Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Sebanyak 3 ceramah profesional dan 1 pelancaran buku GC telah berjaya dijalankan. Terima kasih kepada semua JK Induk dan JK Kerja yang telah menjayakan kursus dengan cemerlang.