Monday, February 28, 2011

Wajah-wajah AJK Tertinggi MGC Muar/Ledang 2011-2013




Gambar-gambar Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang 2011


Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang, Tn Hj Hassni bin Hj Hussin memberikan ucapan kepada para peserta kursus



Slot 1 bertajuk Peranan Dan Tanggungjawab GC Serta Instrumen Penilaian GC oleh pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar, Pn Norsiah bte Mohd Amin



Slot ke-2 bertajuk Kerjaya GC dan Peluang Kenaikan Pangkat GC oleh Ketua Naik Pangkat JPNJ , Tn Hj Abd Rahman bin Abd Rahim



Slot ke-3 bertajuk Amalan Kajian Tindakan oleh pengerusi Biro Inovasi dan Pembangunan Penyelidikan MGC Muar/Ledang, Pn Hjh Zahrah bte Ab Kadir



Pelancaran buku yang ditulis oleh GC Muar/Ledang, En Zahbah bin Lep yang dilancarkan oleh Tn Pen PPD Muar Pengurusan Sekolah, Tn Hj Ahmad Nasaruddin bin Tulus. Dua buah buku itu ialah Pewaris Permata Bangsa : Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussien dan Makmal Psikoterapi.



Pengerusi MGC Muar/Ledang menyampaikan cenderahati kepada Pen PPD Pengurusan Sekolah PPD Muar di akhir penutupan kursus.

Kursus Profesionalisme GC Muar/Ledang 2011


Pada 24 Feb 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Komuniti GIATMARA Tanjung Agas Ledang telah dijalankan Kursus Profesionalisme Guru-Guru Cemerlang Muar/Ledang 2011. Kursus dianjurkan oleh MGC Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Sebanyak 3 ceramah profesional dan 1 pelancaran buku GC telah berjaya dijalankan. Terima kasih kepada semua JK Induk dan JK Kerja yang telah menjayakan kursus dengan cemerlang.





Friday, July 2, 2010

Peminat Lagu Retro Masuk Sini


Penyanyi 60an berasal dari Muar......A Nandong


Sarena Hashim bersuara manja.....mamak Penang dia ni


Tom Jones Singapura......



Hamba adalah die hard fan penyanyi benggali ni (waktu muda-muda dulu le......)

Jika berminat nak dengar lagu2 retro 50an, 60an 70an dan 80an, tuan-tuan dipersilakan kunjungi web site hamba di http://hassny.multiply.com
Untuk dengar lagu kena daftar jadi ahli multiply.com selepas itu hantar personal message atau write comment supaya add contact. Selepas saya sahkan tuan2 adalah contact saya maka barulah tuan2 boleh dengar lagu. Selamat beretro..........

Makluman untuk semua GC Muar


Dalam ucap utama dan perasmian penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor di Persidangan MGC Johor 2010 tengahari tadi antara lain beliau mahukan :
1. Setiap GC menjalankan Kajian Tindakan
2. MGC Daerah mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC pada bulan Julai ini.
3. MGC Negeri mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC Daerah pada bulan Ogos ini.

Memandangkan masa memang terhad jadi pada fikiran hamba MGC Muar kenalah menghantar Kajian Tindakan Panitia Agama Islam yang menjadi Johan, Naib Johan dan Tempat Ke -3 tempohari di peringkat negeri. Maka nampaknya GC Agama Islam Muar Ustz Saifulnizam bin Mohamed Radzi kenalah bersiap sedia. Apa-apa pun ini cuma pandangan hamba saja. Keputusan muktamadnya akan diputuskan oleh Pengerusi MGC Muar.

Satu lagi makluman ialah Persidangan MGC Kebangsaan akan di adakan di Kuala Lumpur pada September 2010 akan datang. Bayaran setiap peserta adalah RM400 (poket sendiri) dan pengangkutan sendiri. GC Muar yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi MGC Muar, Pn Hjh Norliya bt Ismail

Semua bahan-bahan kertas pembentangan dan perkongsian ilmu sepanjang Persidangan MGC Johor ini boleh di sedut di Blog MGC Johor di http://mgcjohor2010.blogspot.com

Foto-foto Persidangan MGC Negeri Johor











Thursday, July 1, 2010

Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010


Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah mengadakan Persidangan Guru Cemerlang dari 1 Julai hingga 2 Julai 2010 bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor. Peserta dikehendaki membayar sendiri biaya persidangan sebanyak RM 120 seorang dan biaya pengangkutan sendiri. Daerah Muar telah menamakan seramai 11 peserta namun setelah persidangan dijalankan didapati 4 peserta dari Muar tidak menghadirkan diri. Berikut adalah nama peserta dari daerah Muar.

1. En Yap Poh Lai - SM Sains Muar - hadir
2. Pn Hjh Noraini Ismail - SM SAB - hadir
3. Tn Hj Hassni Hussin - SMK Tengku Mahkota - hadir
4. En Mohd Salleh Mahmood - SMK Tun Perak - hadir
5. Pn Hjh Rosyati Surani - SMK Maahad - hadir
6. En ShahRizal Mohd Akip - SK Orang Kaya Ali - hadir
7. En Yacob Jamian - SK Seri Jong - hadir
8. Pn Hjh Norhuda Abdullah - SM SAB - tidak hadir
9. Pn Ropiah Mohamed - SMK Bkt Gambir - tidak hadir
10. Pn Rohana Ahmad - SK Sungai Abong - tidak hadir
11. Pn Siti Fazira Ahmad - SK Pt No 5 - tidak hadir