Friday, July 2, 2010

Makluman untuk semua GC Muar


Dalam ucap utama dan perasmian penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor di Persidangan MGC Johor 2010 tengahari tadi antara lain beliau mahukan :
1. Setiap GC menjalankan Kajian Tindakan
2. MGC Daerah mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC-GC pada bulan Julai ini.
3. MGC Negeri mengadakan pertandingan Kajian Tindakan antara GC Daerah pada bulan Ogos ini.

Memandangkan masa memang terhad jadi pada fikiran hamba MGC Muar kenalah menghantar Kajian Tindakan Panitia Agama Islam yang menjadi Johan, Naib Johan dan Tempat Ke -3 tempohari di peringkat negeri. Maka nampaknya GC Agama Islam Muar Ustz Saifulnizam bin Mohamed Radzi kenalah bersiap sedia. Apa-apa pun ini cuma pandangan hamba saja. Keputusan muktamadnya akan diputuskan oleh Pengerusi MGC Muar.

Satu lagi makluman ialah Persidangan MGC Kebangsaan akan di adakan di Kuala Lumpur pada September 2010 akan datang. Bayaran setiap peserta adalah RM400 (poket sendiri) dan pengangkutan sendiri. GC Muar yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi MGC Muar, Pn Hjh Norliya bt Ismail

Semua bahan-bahan kertas pembentangan dan perkongsian ilmu sepanjang Persidangan MGC Johor ini boleh di sedut di Blog MGC Johor di http://mgcjohor2010.blogspot.com

2 comments:

  1. salam....yang gc pendidikan islam sendiri akan ada pertandingan di peringkat negeri, jadi macam tak kena pulak kalau dihantar orang yang sama untuk kajian tindkan mgc johor...ulang yang sama je....yang pi kajian tindkan kat segamat tempohari, semua wakil muar menang...takda yang naib johan dan tempat ketiga....saya kategori pendidikan islam menengah, ustaz ghani pendidikan islam rendah, ustaz iskandar bahasa arab rendah...bahasa arab menengah je yang tak da wakil....

    ReplyDelete
  2. Ustaz, Tuan Pengarah melontarkan ideanya saja. Jika MGC Negeri peka terhadap saranan ini, tentunya MGC Negeri akan keluarkan surat siarannya. Namun sehingga kini belum ada tanda-tanda lontaran idea itu dijadikan kenyataan. Bulan Ogos adalah bulan yang penuh dengan peperiksaan khususnya peperiksaan percubaan. Jadi bulan ini kurang sesuai kerana ada peperiksaan di sekolah.

    ReplyDelete